Hanyalah beberapa km dari bandar Kota Bharu, Min House Camp menawarkan pengalaman yang mustahil dapat dilenyapkan dari ingatan. Dikelilingi oleh alam semula jadi seperti sungai yang mengalir tenang dan pokok-pokok yang menghijau, suasana di sekitar Min House Camp ini cukup menyegarkan jiwa.
Rimba hijau yang menjadi tapak lokasi Min House Camp ini adalah habitat kepada lebih daripada 40 spesies burung, 20 spesies rama-rama dan banyak lagi spesies haiwan yang lain menjadikan ia antara destinasi yang menarik untuk anda luangkan waktu bagi meneroka kekayaan flora dan faunanya. Bersesuaian dengan atmosfera yang penuh kehijauan, penginapan-penginapan dan kemudahan yang ditawarkan di camp ini juga hampir keseluruhannya adalah berasaskan buluh dan kayu.
Ini adalah salah sebuah tarikan bersejarah yang paling ‘epik’ di Kota Bharu. Eh! Bukan di Kota Bharu je, tarikan ini sebenarnya paling dahsyat di Asia Tenggara! Sebab masjid ini sebenarnya adalah masjid yang tertua di rantau ini!
Masjid Kampung Laut yang terletak di Nilam Puri ini adalah sebuah masjid lama yang telah dibina pada kurun ke-18 tanpa menggunakan walau sebatang paku!
Nak tahu bagaimana kisah ia boleh terbina? Al-kisahnya, pada suatu ketika dulu terdapat sekumpulan mubaligh yang telah berlayar ke sepanjang Kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam, malangnya, semasa dalam perjalanan, perahu mereka telah terbocor.
Dalam keadaan ini mereka berjanji untuk membina sebuah masjid sekiranya berjaya sampai ke kawasan pantai dengan selamat. Mereka akhirnya dapat mendarat di Kampung Laut dengan selamat dan terbinalah masjid ini di tepi Sungai Kelantan.
Masjid ini telah dialihkan dari lokasi asalnya ke lokasi sekarang di Nilam Puri untuk mengelakkan banjir yang sering terjadi di tepi sungai. Setelah dipindahkan, ianya turut diperbaiki dan dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air.
Satu lagi tarikan di bandar kota Bharu yang tidak wajar dilepaskan peluang oleh pelancong luar Kelantan ialah Kota Bharu Street Art. Mungkin ada dalam kalangan warga Kelantan sendiri yang belum menjejakkan kaki ke sini.
Lokasinya adalah di celah-celah bangunan di Medan Ilmu Kota Bharu berhampiran bulatan besar di bandar Kota Bharu. Boleh juga waze / maps : Jalan Dato Pati .
(Sumber: https://www.facebook.com/pages/Street%20Art%20Kota%20Bharu/294052397610148/)
Secara umumnya, muzium merupakan sebuah ‘Institut bersifat tetap, tidak mencari keuntungan, memberi khidmat kepada masyarakat dan pekembangannya, terbuka kepada umum, memperolehi, merawat, menghubungkan dan mempamerkan untuk tujuan pembelajaran, pendidikan dan hiburan, bukti-bukti tinggalan manusia dan persekitarannya’ (ICOM). Muzium dianggap sebagai warisan negara yang tidak ternilai kerana fungsinya yang berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan tidak rasmi. Sumber dan bahan-bahan yang terdapat di muzium mampu memberi kefahaman dan menarik minat sama ada yang berkaitan sejarah, sastera, sains atau alam semulajadi. Apabila disebut istilah muzium, kita harus melihat konsep permuziuman itu sebagai satu konsep yang luas, umum dan artifak yang ada di dalam koleksi diperagakan dan ditempatkan dalam sebuah bangunan. Kewujudan sesebuah muzium itu pada prinsipnya berasaskan kepada beberapa keperluan iaitu memberi pendidikan kepada masyarakat, pemeliharaan dan pengekalan warisan sejarah, kebudayaan, alam semulajadi dan pelancongan. Bidang permuziuman merangkumi pelbagai aspek yang saling berinteraksi dalam menggerakkan usaha pembangunan dan pembentukan pusat pengumpulan maklumat dan pendidikan berkenaaan warisan negara. Oleh itu boleh disimpulkan Muzium sebagai wadah yang menjadi perhubung ketamadunan warisan silam dengan masyarakat.
(Sumber: https://www.facebook.com/muziumkelantan)
Tarikan terbaru di negeri Kelantan. Denai Sungai Pengkalan Datu. Jambatan ini terbentang sejauh 1KM diatas Sungai Pengkalan datu , dan sesuai untuk aktiviti beriadah seperti jogging, berbasikal, dan berkayak sambil menikmati keindahan alam semulajadi. Para pengunjung juga dinasihati untuk bersama-sama menjaga kebersihan ketika mengunjungi “Permata Baru “ di Kelantan ini.
Bagi mereka yang cintakan alam semulajadi pastinya memberikan ketenangan jiwa melihat keindahan alam semulajadi, kicauan burung, melihat pergerakan air sungai, melihat hutan yang menghijau disamping bersiar-siar di atas jeti/jambatan yang diperbuat dari kayu dan disokong oleh nibong seolah-olah terapung di atas permukaan sungai.
Kini Denai Sungai Pengkalan Datu, Kubang Kerian menjadi salah satu tarikan destinasi pelancongan dan menggalakkan aktiviti memancing, berbasikal, berkelah, berjoging secara langsung menyumbang kepada ekonomi pelancongan setempat.
(Sumber: https://www.facebook.com/pages/Denai%20Sungai%20Pengkalan%20Datu/107031411201541/)