MENU POPULAR
PAK MAT TEH TARIK MADU
PAK MAT SUP KEPALA IKAN
Nama Perniagaan : Pak Mat Sup Kepala Ikan Dan Teh Tarik Madu
Nama Pemilik : Nik Mohd Noor Muhamad (Pak Mat)
Facebook : https://www.facebook.com/pokmat.kaknie
Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia menggunakan tepung susu yang dicampur sedikit madu yang menghasilkan buih. Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain. Kebanyakan pelanggan pasti akan memesan lebih daripada segelas kerana keunikan rasanya. Selain itu, di warung ini juga mempunyai resipi turun temurun yang menjadi perhatian orang ramai iaitu sup kepala ikan. Keunikan sup kepala ikan di warung Pak Mat ialah isi ikan dan dagingnya yang lembut, ditambah pula dengan sup yang mengandungi campuran perencah rahsia keluarga amat. Sup yang sedap ini lebih menyelerakan jika dimakan bersama nasi putih. Beliau mewarisi resipi unik ini daripada arwah ibunya, Nik Zainab Nik Mud. Teh tarik madu dan sup kepala ikan ini telah berjaya menarik ramai pelancong dari dalam dan luar.
(Sumber:https://www.tempatmenarik.my/teh-tarik-madu-pak-mat-tempat-makan-menarik-di-kota-bharu/)
MENU POPULAR
NASI BERLAUK AYAM GORENG/AYAM GULAI
Nama Perniagaan : Nasi Kak Wok
Nama Pemilik : Mek Wok Binti Hassan
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Nasi-Kak-Wok-Kbmc/182561818441060
Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap.
Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedai mereka. Jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok yang asli, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.
MENU POPULAR
ROTI TITAB KOPITAM KITA
Nama Perniagaan : Kopitiam Kita
Nama Pemilik : N.H. Wong
Facebook :https://www.facebook.com/KopitiamKitaRotiTitab/
Kedai makan “Kopitiam Kita” boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu. Kiranya, macam menjadi "one stop center" mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini. Di sebalik beraneka menu sarapan pagi seperti nasi dagang, nasi kerabu dan nasi berlauk, makanan yang amat disyorkan bagi pengunjung ke ibu negeri ini ialah ‘Roti Titab’. Ia merupakan sajian istimewa Kopitiam Kita, yang diilhamkan pemiliknya Wong Nye Hua, 61, dan baru sahaja dipatenkan.Wong Nye Hua memulakan perniagaan kopitiam itu 13 tahun lalu, Wong mendapat idea untuk memperkenalkan roti titab pada 2010 setelah melawat China. “Saya melawat China semasa kedai saya ditutup dalam bulan puasa dan semasa di sana berpeluang merasakan sarapan roti yang menarik minat saya,” katanya. Sekembalinya ke Kota Bharu, beliau menambah baik menu itu dengan menggunakan kaya buatan sendiri yang diletakkan di setiap penjuru roti empat segi yang disapu marjerin dengan telur separuh masak di tengah-tengahnya.
(Sumber: https://mediapermata.com.bn/roti-titab-jadi-pilihan/ )
MENU POPULAR
AYAM GORENG CELUP TEPUNG EDLEE
CHICKEN CHOP EDLEE
Nama Perniagaan : Edlee Fried Chicken
Nama Pemilik : Edlee Haji Ismail
Facebook : https://www.facebook.com/Eddlee-Fried-Chicken
Eddlee Fried Chicken di usahakan oleh usahawan separuh usia Eddlee Haji Ismail yang berjaya membuka 7 buah kiosk atau cawangan Eddlee Fried Chicken di sekitar Kota Bharu. Saya tak mahu terlalu tergesa-gesa. Biarlah sederhana dan perlahan bertindak . Inilah kata-kata Eddlee Haji Ismail. Usahanya bermula secara kecil-kecilan di pasar-pasar malam sebelum berkembang menjadi seperti sekarang. Di pasar malamlah dia memulakan dan perlahan-lahan memperbaiki resepi ayam gorengnya. Segala rempah ratus yang ada dalam pasaran dicuba untuk mencari rempah ratus yang terbaik. Beliau terpaksa menghadapi pelbagai cabaran untuk sampai ke tahap ini. Kegigihan dan keazaman untuk mencari pembaharuan serta usahanya dalam mencari peluang dan kesempatan baru jelas terpancar di wajahnya. Beliau kini berjaya membuka 7 buah kiosk atau cawangan Eddlee Fried chicken di sekitar Kota Bharu.
Halaman 1 dari 2