Taman Indera Putra terletak diatas tanah seluas 2 ekar 68 depa. Pada awal 1960 taman ini hanya merupakan taman permainan kanak-kanak yang dibuat untuk keperluan penduduk sekitar. Pada tahun 1995 taman ini telah dibina dengan lebih baik lagi oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu sesuai dengan tema Taman Rekreasi Keluarga. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di taman ini seperti Taman Tema Air Splash, Taman Permainan Kanak-kanak, Medan Selera, Surau, Tandas Awam, Pusat Memanah, Pusat Aerobik, Pusat Internet, Dewan Terbuka, Pusat Taekwando dan Tempat Letak Kereta. Dengan seni bina dan rekabentuk bangunan yang berunsurkan tradisional Kelantan telah menjadikan tempat ini merupakan daya penarik kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
(Sumber: http://www.come2kelantan.my/place/taman-indera-putra/)