SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

NADI

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN :

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :
 
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas menawarkan latihan ICT secara percuma kepada semua pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli. Antara latihan yang disediakan ialah :
 
  • Pengenalan asas komputer
  • Asas internet
  • Aplikasi elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Desktop publishing seperti Microsoft Office
  • Latihan Keusahawanan
  • Latihan Pengenalan Terhadap AI (Artificial Intelligence) 

 

LOKASI :

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas terletak di Jalan Long Yunus di dalam daerah Kota Bharu. Lokasi NADI ini berada di kawasan yang mejadi laluan bagi Kota Bharu ke Pengkalan Chepa. Kira-kita 60 meter dari Sekolah Kebangsaan Islah dan 1 km dari Sekolah Kebangsaan Sri Bemban, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas boleh dijadikan Hub pembelajaran bagi pelajar sekolah tersebut. Kawasan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas juga berdekatan dengan Bomba Negeri Kelantan dan deretan kedai makan.

Capture

PETA LOKASI

PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI) TANJUNG MAS

(SUMBER : JENDELA Map | Map)

 

SASARAN PENGGUNA :

Semua golongan sama ada pelajar, dewasa, warga emas, surirumah dan golongan bekerjaya atau yang belum mendapat pekerjaan dijadikan sasaran, kerana Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) ini di bangunkan bagi memudahkan penduduk setempat khususnya di kawasan Tanjung Mas, menikmati kemudahan yang yang disediakan oleh Kerajaan. Dengan kapasiti kependudukan sekitar 860 orang di kawasan Kg. Paya Bemban, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas juga mensasarkan keahlian dari Jabatan Kerajaan, murid sekolah, guru-guru dan belia serta penduduk setempat.

 

KEAHLIAN :

Untuk menjadi Ahli Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), yuran keahlian seumur hidup dikenakan RM5.00 akan dikenakan. Borang keahlian boleh didapati melalui Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Mas. Keistimewaan menjadi ahli bukan hanya cas perkhidmatan Internet adalah lebih murah, tetapi lebih bermanfaat di mana ahli NADI akan berpeluang menjalani Kursus berkaitan "ICT" secara percuma.

 

PETUGAS-PETUGAS NADI TANJUNG MAS

PENGURUS
 
Nama: Mohd Azree Bin Zulkifli
No Tel: 014 - 8401252
 
PENOLONG PENGURUS
 
Nama: Muhammad Amireen Heaqal Bin Mohd Subal
No Tel: 011 - 41858852
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.