Tarikh : 13 Oktober 2018
Masa : 11.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Tanjung Mas

 

Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), Pusat Internet Tanjung Mas telah melancarkan program Hari Bersama Komuniti 2018 yang dirasmikan oleh Encik Mohd Zamzuri Bin Salleh(Penolong Pengarah Cawangan Media Siber, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan).Turut diiringi bersama wakil daripada pihak Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Sdb Bhd serta komuniti-komuniti DunTanjung Mas.

Majlis ini bermula pada jam 11.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran penyertaan aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster Hari Sukan Negarai, Pertandingan Menaip Pantas , Pertandingan Kuiz ICT ,Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet  secara percuma juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Tanjung Mas.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan dan NGO seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta  Jabatan Kesihatan Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung.

Diharapkan dengan Majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Internet  ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Gambar Disini

Tarikh : 14 September 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Mas
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Memberi pendidikan Bahasa Inggeris kepada pelajar sekolah melalui pendidikan online.
   
Aktiviti 
  • 1. Memberi penerangan tentang pendidikan secara dalam talian(online).
    • 2. Menunjukkan contoh cara menjawab kuiz secara dalam talian(online)
    3. Melakukan aktiviti di mana peserta perlu menjawab soalan Bahasa Inggeris melalui aplikasi Quizizz.

(Gambar Disini)

Tarikh : 20 Ogos 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tgh hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Tanjung Mas
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Kelas ini bertujuan memberi pengetahuan am tentang kemerdekaan melalui tayangan filem pendek merdeka dan permainan pendidikan online. (Kuiz Merdeka)
   
Aktiviti 
  1. 1. Memberi gambaran kemerdekaan melalui tayangan filem pendek merdeka.

2. Menjawab soalan kuiz pengetahuan am tentang kemerdekaan melalui aplikasi Quizziz.
3.Mengenal dan mewarna Jalur Gemilang

(Gambar Disini)

Tarikh : 1 September 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 pagi
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Tanjung Mas
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Memberi pengetahuan tentang cara mencipta dan menyunting video kepada peserta.
   
Aktiviti 
  • 1. Melihat demo tentang cara menyunting video dengan menggunakan aplikasi Kizoa

2. Mengetahui cara untuk menyunting video menggunakan kreativiti masing-masing.

(Gambar Disini)

Tarikh : 8 Ogos 2018
Masa : 2.30 ptg - 5.30 ptg
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Tanjung Mas
Peserta : 5 orang

Tujuan 

Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta. Kelas ini bertujuan Memberi pendidikan kepada pelajar sekolah melalui permainan pendidikan online.(Belajar sambil bermain)
   
Aktiviti 

Memberi penerangan tentang Permainan Pendidikan. Melakukan aktiviti di mana peserta perlu menjawab soalan kuiz melalui aplikasi Quizizz, dapat menyelesaikan kuiz Pendidikan dengan baik dan betul.

(Gambar Disini)