Tarikh | : 13 Oktober 2018 |
Masa | : 11.30 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Tanjung Mas |
Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), Pusat Internet Tanjung Mas telah melancarkan program Hari Bersama Komuniti 2018 yang dirasmikan oleh Encik Mohd Zamzuri Bin Salleh(Penolong Pengarah Cawangan Media Siber, Jabatan Penerangan Negeri Kelantan).Turut diiringi bersama wakil daripada pihak Telekom Malaysia dan MSD Intelligence Sdb Bhd serta komuniti-komuniti DunTanjung Mas.
Majlis ini bermula pada jam 11.30 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran penyertaan aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster Hari Sukan Negarai, Pertandingan Menaip Pantas , Pertandingan Kuiz ICT ,Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet secara percuma juga diadakan bertujuan untuk menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Tanjung Mas.
Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan dan NGO seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) serta Jabatan Kesihatan Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung.
Diharapkan dengan Majlis Hari Bersama Komuniti Pusat Internet ini, komuniti setempat terus menjadikan sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.