USAHAWAN PAKAIAN TERPAKAI/BUNDLE (PRODUK KEPERLUAN/PAKAIAN)
Nama |
Shajid Bin Hassan |
Umur |
46 Tahun |
Lokasi |
Pusat Internet Tanjung Mas |
|
Latar belakang
Encik Shajid adalah merupakan seorang penjual pakaian terpakai berjenama di kawasan Kota Bharu. Bermula pada awal tahun 2010 dan menggunakan cara kedai fizikal untuk memasarkan produk. Sekarang, beliau memajukan perniagaan melalui internet sehingga hari ini. Encik Shajid telah menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instagram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara dalam talian dengan lebih mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan Encik Shajid sebelum penglibatannya dengan Pusat Internet tidal lebih daripada Rm500.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melaui khidmat dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini telah menggunakan khidmat internet di Pusat Internet Tanjung Mas ini dan banyak kelebihan untuk beliau gunakan untuk mempromosikan perniagaannya. Pendapatan bulanan Encik Shajid ini telah mencecah RM1000.
USAHAWAN QAMELA BEAUTY (PRODUK KECANTIKKAN/KESIHATAN)
Nama |
Saila Binti Muhammad |
Umur |
32 Tahun |
Lokasi |
Pusat Internet Tanjung Mas |
|
Latar belakang
Puan Saila adalah merupakan seorang penjual produk kecantikan di kawasan Kota Bharu dan Gua Musang. Beliau memulakan perniagaan pada awal tahun 2017 dan menggunakan cara atas talian untuk memasarkan produk. Beliau memajukan perniagaan melalui internet sehingga hari ini. Puan Saila telah menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instagram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara “Online” dengan lebih mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau sering menggunakan khidmat pusat siber café yang mana caj penggunaannya agak mahal dan jauh dari tempat tinggal beliau. Jadi, kos untuk menggunakan khidmat internet untuk mempromosikan produk beliau agak membebankan bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan seperti beliau. Pendapat Puan Saila hanya RM 500 sahaja sebelum penglibatannya di Pusat Internet Tanjung Mas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melaui khidmat dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini tidak terbeban dengan kos penggunaan internet yang mana Pusat Internet ini lebih berpatutan dan banyak kelebihan untuk beliau gunakan untuk perniagaannya. Tambahan pula lokasi Pusat Internet Tanjung Mas berdekatan dengan tempat tinggal beliau serta mempunyai cawangan yang banyak. Pendapatan bulanan Puan Saila ini telah mencecah RM1000 dan keatas.
USAHAWAN JAMU NENEK (PRODUK KECANTIKKAN/KESIHATAN)
Nama |
Fajratul Aizati Binti Mohd Razali |
Umur |
25 Tahun |
Lokasi |
Pusat Internet Tanjung Mas |
|
Latar belakang
Cik Fajratul Aizati merupakan penduduk tetap di Kota Bharu. Pada mulanya beliau hanya berniaga secara "offline" di Pasar Siti Khadijah. Beliau memajukan perniagaan kecantikkan/kesihatan sehingga hari ini. Cik Fajratul Aizati adalah merupakan seorang penjual barangan kesihatan dan kecantikan di kawasan Kota Bharu. Menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instagram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara Online dengan lebih mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di PI1M pendapatnya hanya RM 500 sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melaui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini memiliki facebook sendiri. Dengan akaun facebook tersebut, pelanggan beliau dari kawasan terdekat atau jauh dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan Cik Fajratul ini telah mencecah RM1000.
USAHAWAN TUDUNG KELUARAN SITI MURNI (PRODUK KEPERLUAN/PAKAIAN)
Nama |
Siti Nurul Arnizam Binti Md Rusli |
Umur |
24 Tahun |
Lokasi |
Pusat Internet Tanjung Mas |
|
Latar belakang
Puan Siti Nurul Arnizam merupakan peniaga tudung keluaran siti murni yang telah memulakan perniagaan sejak tahun 2014 lagi bulan. Pada mulanya beliau hanya mengisi masa lapang untuk berniaga. Beliau memulakan perniagaan hanya dengan menggunakan kaedah “offline” dan sekarang beliau berminat dalam memajukan perniagaan tudung beliau menggunakan kaedah “online”. Beliau memajukan perniagaan melalui internet sehingga hari ini. Puan Siti telah menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instagram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara “Online” dengan lebih mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet pendapatnya hanya tidak lebih daripada RM500.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melaui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini memiliki facebook sendiri. Dengan akaun facebook tersebut, pelanggan beliau dari kawasan terdekat atau jauh dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan Puan Siti juga semakin meningkat dan dikenali ramai.