USAHAWAN TUDUNG KELUARAN SITI MURNI (PRODUK KEPERLUAN/PAKAIAN)

Nama

 Siti Nurul Arnizam Binti Md Rusli

Umur

 24 Tahun

Lokasi

 Pusat Internet Tanjung Mas

Facebook

 https://www.facebook.com/sitimurninurul

 

Latar belakang

Puan Siti Nurul Arnizam merupakan peniaga tudung keluaran siti murni yang telah memulakan perniagaan sejak tahun 2014 lagi bulan. Pada mulanya beliau hanya mengisi masa lapang untuk berniaga. Beliau memulakan perniagaan hanya dengan menggunakan kaedah “offline” dan sekarang beliau berminat dalam memajukan perniagaan tudung beliau menggunakan kaedah “online”. Beliau memajukan perniagaan melalui internet sehingga hari ini. Puan Siti telah menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instagram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara “Online” dengan lebih mendalam.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet pendapatnya hanya tidak lebih daripada RM500.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melaui latihan keusahawanan yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini memiliki facebook sendiri. Dengan akaun facebook tersebut, pelanggan beliau dari kawasan terdekat atau jauh dapat mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan Puan Siti juga semakin meningkat dan dikenali ramai.

sitimurni1