USAHAWAN QAMELA BEAUTY (PRODUK KECANTIKKAN/KESIHATAN)
Nama |
Saila Binti Muhammad |
Umur |
32 Tahun |
Lokasi |
Pusat Internet Tanjung Mas |
|
Latar belakang
Puan Saila adalah merupakan seorang penjual produk kecantikan di kawasan Kota Bharu dan Gua Musang. Beliau memulakan perniagaan pada awal tahun 2017 dan menggunakan cara atas talian untuk memasarkan produk. Beliau memajukan perniagaan melalui internet sehingga hari ini. Puan Saila telah menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instagram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara “Online” dengan lebih mendalam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatan beliau di Pusat Internet, beliau sering menggunakan khidmat pusat siber café yang mana caj penggunaannya agak mahal dan jauh dari tempat tinggal beliau. Jadi, kos untuk menggunakan khidmat internet untuk mempromosikan produk beliau agak membebankan bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan seperti beliau. Pendapat Puan Saila hanya RM 500 sahaja sebelum penglibatannya di Pusat Internet Tanjung Mas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melaui khidmat dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh kakitangan Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini tidak terbeban dengan kos penggunaan internet yang mana Pusat Internet ini lebih berpatutan dan banyak kelebihan untuk beliau gunakan untuk perniagaannya. Tambahan pula lokasi Pusat Internet Tanjung Mas berdekatan dengan tempat tinggal beliau serta mempunyai cawangan yang banyak. Pendapatan bulanan Puan Saila ini telah mencecah RM1000 dan keatas.