Perkhidmatan jualan Chicken Chop Homemade
Restoran kecil yang menjual Chicken Chop buatan sendiri dengan sos cendawan sebenar dan pengalaman makan yang menyelerakan serta berpatutan.
No Telefon: 013-731 7095
Alamat: Kampung Tanjung Mas, 15400 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/chicchop.tgmas.
Perkhidmatan jualan Ayam Percik
Restoran Yati Ayam Percik telah bertapak di Kota Bharu Kelantan hampir empat dekad yang lalu. Restoran ini telah mengorak langkahnya dengan memperkenalkan menu masakan tradisi Pantai Timur, seperti Nasi Kerabu, Sattar, Daging Bakar, dan pelbagai menu yang enak dan lazat dari Pantai Timur. Restoran ini tidak hanya dikunjungi oleh pelanggan dari negeri Cik Siti Wan Kembang malah turut didatangi oleh pelanggan dari luar. Berbekalkan menu masakan tradisi Pantai Timur dan dua menu istimewa iaitu Nasi Kerabu Yati dan Ayam Percik Yati , kini Restoran Yati Ayam Percik telah melebarkan sayap dengan membuka dua cawangan di Kajang dan Bandar Baru Bangi.
No Telefon: 09-7479867
Alamat: 847 Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Yati%20Ayam%20Percik/268438859862490/
Perkhidmatan jualan Apam Balik Keju-Terang Bulan
APAM balik adalah antara makanan tradisi berasaskan tepung yang dibakar dalam acuan khas dengan lapisan mentega. Ia kemudian ditabur dengan inti kacang tanah, gula dan jagung sebelum dilipat. Kuih ini mempunyai banyak nama, seperti apom balik, martabak manis, terang bulan, kuih haji, kue bandung, ban jian kuih, chin loong pau dan min chiang kueh.Sejarah apam balik berasal dari Belanda. Makanan ini kemudian tersebar ke Malaysia, Singapura dan Brunei menerusi penghijrahan penduduk Indonesia ke kepulauan Nusantara.
Hari ini apam balik dijual sama ada di pasar malam, gerai pacak atau menggunakan basikal roda tiga di tepi jalan. Peniaga kuih ini boleh menyediakan kuih ini dalam jumlah yang banyak dengan lapan hingga 12 acuan serentak. Jika dulu, kita hanya menikmati apam balik tradisional satu perisa, tetapi kini dengan inovasi pembuat atau peniaga, bukanlah satu yang menghairankan kalau terdapat pelbagai rasa menjadikan pembeli banyak pilihan. Antara pengusaha makanan ini ialah pengusaha Apam Balik Terang Bulan di Taman Uda. Beliau menyediakan apam balik pelbagai rasa seperti coklat, strawberi, keju, oreo, red velvet dan sebagainya. Apamnya juga sangat gebu dan menyelerakan. Apam beliau juga dikenali sebagai Apam Keju. Beliau tidak kedekut dalam meletakkan banyak perisa atau keju yang mana menyebabkan apamnya begitu enak dan digemari ramai. Tambahan pula, Warung Apam terang Bulan ini hanya ada satu sahaja di Kelantan iaitu di Taman Uda,Kota Bharu.
Perkhidmatan Jualan Cendol - Cendol Warong Tok Peraih
Cendol adalah ramuan asas yang terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.
Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan seperti durian dan sebagainya.
Warong Tok Peraih menyajikan menu kampung dimasak Ala Hotel tetapi harga yang berpatutan seperti harga warong. Lokasi nya terletak di Bawah Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Terdapat pelbagai menu istimewa di kedai tersebut. Terutama cendolnya yang pelbagai jenis dan menyelerakan,
No.Telefon : 013-387 7835
Alamat : S/17, PT408 Tingkat Bawah Rumah Kedai Sebelah Tesco Kampung Sireh, Lembah Sireh,15050 Kota Bharu, Kelantan
Facebook : https://www.facebook.com/warongtokperaih/?