Perkhidmatan Jualan Cendol - Cendol Warong Tok Peraih

Cendol adalah ramuan asas yang terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera penjamunya.

Bahan utama cendol iaitu jeli hijau dibuat dari tepung beras yang dicampur dengan air jernih daripada mendapan kapur sirih. Air perlu dimasak sehingga menggelagak dan dikacau hingga cair tapi pekat. Setelah itu campuran tadi dimasukkan ke tin yang ditebuk seperti siraman hujan. Campuran yang pekat tadi ditekan untuk keluar melalui lubang tersebut dan dibiarkan sejuk didalam bekas air yang disediakan di bawah bekas berlubang tersebut. Jeli ini boleh diwarnakan dengan hijau (warna pandan) tetapi ia boleh juga diwarnakan mengikut warna kesukaan masing-masing. Cara penyediaan tradisi jeli biasanya diwarnakan dengan air daun pandan. Ia dihidangan bersama ais, air gula melaka dan santan. Tetapi ditambahkan pula dengan pulut dan susu isian manis.ianya enak juga dimakan dengan buah-buahan seperti durian dan sebagainya.

Warong Tok Peraih menyajikan menu kampung dimasak Ala Hotel tetapi harga yang berpatutan seperti harga warong. Lokasi nya terletak di Bawah Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Terdapat pelbagai menu istimewa di kedai tersebut. Terutama cendolnya yang pelbagai jenis dan menyelerakan,

No.Telefon   : 013-387 7835

Alamat         : S/17, PT408 Tingkat Bawah Rumah Kedai Sebelah Tesco Kampung Sireh, Lembah Sireh,15050 Kota Bharu, Kelantan

Facebook    : https://www.facebook.com/warongtokperaih/?

52417047 2252171218372758 5213831353765724160 n 52043173 2252171275039419 2135559865303564288 n 51730861 2252171231706090 8033445106910494720 n