Perkhidmatan jualan Apam Balik Keju-Terang Bulan
APAM balik adalah antara makanan tradisi berasaskan tepung yang dibakar dalam acuan khas dengan lapisan mentega. Ia kemudian ditabur dengan inti kacang tanah, gula dan jagung sebelum dilipat. Kuih ini mempunyai banyak nama, seperti apom balik, martabak manis, terang bulan, kuih haji, kue bandung, ban jian kuih, chin loong pau dan min chiang kueh.Sejarah apam balik berasal dari Belanda. Makanan ini kemudian tersebar ke Malaysia, Singapura dan Brunei menerusi penghijrahan penduduk Indonesia ke kepulauan Nusantara.
Hari ini apam balik dijual sama ada di pasar malam, gerai pacak atau menggunakan basikal roda tiga di tepi jalan. Peniaga kuih ini boleh menyediakan kuih ini dalam jumlah yang banyak dengan lapan hingga 12 acuan serentak. Jika dulu, kita hanya menikmati apam balik tradisional satu perisa, tetapi kini dengan inovasi pembuat atau peniaga, bukanlah satu yang menghairankan kalau terdapat pelbagai rasa menjadikan pembeli banyak pilihan. Antara pengusaha makanan ini ialah pengusaha Apam Balik Terang Bulan di Taman Uda. Beliau menyediakan apam balik pelbagai rasa seperti coklat, strawberi, keju, oreo, red velvet dan sebagainya. Apamnya juga sangat gebu dan menyelerakan. Apam beliau juga dikenali sebagai Apam Keju. Beliau tidak kedekut dalam meletakkan banyak perisa atau keju yang mana menyebabkan apamnya begitu enak dan digemari ramai. Tambahan pula, Warung Apam terang Bulan ini hanya ada satu sahaja di Kelantan iaitu di Taman Uda,Kota Bharu.