Nama Muhammad Amireen Heaqal Bin Mohd Subal
 Umur 28
 Lokasi Pusat Internet Komuniti Tanjung Mas
Shopee Jimat Duit Store

 

Latar belakang

 Encik Heaqal merupakan seorang pekerja swasta yang melakukan perniagaan secara separuh masa. Beliau bermula berniaga pada tahun 2020 dan merupakan penjual perkhidmatan barangan digital di sekitar kawasan Kota Bharu. Menyedari kepentingan mencari kewangan sampingan dan juga ICT dalam kehidupan seharian, beliau berminat untuk menggunakan servis di PIK Tanjung Mas serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT. Oleh itu, dengan menjadi usahawan dalam talian, ia dapat membantu dalam menambah pendapatan beliau dan mempromosikan produk dengan lebih mudah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Peralatan dan ilmu ICT untuk urusan perniagaan beliau tidak mencukupi dan beliau juga kurang pengetahuan dalam bidang perniagaan secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pembelajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Komuniti Tanjung Mas secara tidak langsung ia dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT serta bidang perniagaan atas talian malah kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai perkhidmatan yang tersedia di PIK.