Nama Azlan Bin Muhammad
 Umur 49
 Lokasi Pusat Internet Tanjung Mas
Shopee Medica Pharmacy

 

Latar belakang

 

Encik Azlan merupakan seorang peniaga sepenuh masa di sebuah farmasi dan beliau bermula berniaga pada tahun 2018. Beliau merupakan pembekal produk berasas kesihatan di kawasan Kota Bharu dan juga merangkumi pasaran luaran. Menyedari tentang kepentingannya ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PIK Tanjung Mas serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT serta pasaran dalam atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

 

Ilmu dalam penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau amat rendah serta juga  tiada ilmu tentang perniagaan secara atas talian.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai perkhidmatan yang PIK tawarkan.

medica