Latar belakang
Puan Maziah merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau bermula berniaga pada tahun 2016. Beliau menjual produk spray organik untuk menjana pendapatan sampingan .Beliau menjual di sekitar kawasan Kota Bharu secara dalam talian. Jadi, dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Tanjung Mas serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tiada ilmu yang tinggi tentang perniagaan secara online. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.
|