Latar belakang
Puan Zakirah merupakan seorang usahawan separuh masa. Beliau mula berniaga pada tahun 2018 sebagai penjual barangan perabot kediaman di kawasan Kota Bharu secara dalam talian serta luaran. Jadi, dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Tanjung Mas serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan juga beliau tiada ilmu yang tinggi tentang perniagaan secara online. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.
|