USAHAWAN BARANGAN KOSMETIK
Nama | Fatimah Az-Zahra’ Binti Abu Samah |
Umur | 36 |
Lokasi | Pusat Internet Tanjung Mas |
Shopee | Tim Zara Ventures |
Latar belakang
Cik Fatimah merupakan seorang usahawan separa masa. Beliau bermula berniaga di atas talian pada tahun 2017. Beliau menjual produk kosmetik berjenama Anas Cosmetics di kawasan Kota Bharu secara atas talian melalui aplikasi Shoppe dan menghantar melalui perkhidmatan pos ke seluruh Malaysia. Dengan kemudahan yang ada di Pusat Internet Tanjung Mas serta berhampiran dengan kediaman sendiri, beliau memanfaatkan segala kemudahan yang ada.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Urusan menerima dan menghantar pesanan agak rumit memandangkan ketiadaan capaian sambungan internet yang tidak menentu di kawasan kediaman beliau. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Urusan penerimaan dan mencetak pesanan pelanggan menjadi lebih mudah dan sekaligus menjimatkan masa beliau dalam menguruskan operasi perniagaan. Kini beliau boleh melakukan penghantaran pesanan lebih banyak berbanding sebelum ini. |