USAHAWAN KACA MATA (AKSESORI)

 Nama  Afham Bin Awang
 Umur  29 
 Lokasi  Pusat Internet Tanjung Mas
 Facebook  Ibnusina Eyewear Official

 

Latar belakang

Encik Afham merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau bermula berniaga pada tahun 2017. Beliau merupakan  penjual pelbagai kaca mata berjenama sendiri di kawasan Kota Bharu secara dalam talian. Jadi, dengan menjadi usahawan dalam talian dapat membantu menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Tanjung Mas serta menambah pengetahuan dalam bidang ICT. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi dan juga beliau tiada ilmu tentang perniagaan secara online.


Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan dan pengajaran tentang keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.

59229741 2135712723210325 5177617409296564224 n