USAHAWAN DONUT (MAKANAN/MAKANAN KERING)

 Nama            Ahmad Fatihi Bin Abdul Razak
 Umur  37
 Lokasi  Pusat Internet Tanjung Mas
 Facebook Alifa Coco Delight Bakery

Latar belakang

Encik Fatihi merupakan usahawan makanan sekitar kota bharu. Beliau juga merupakan guru mengajar hidangan seperti donut kepada pelajar-pelajar orang buta di kawsana bachok. Bermula berniaga pada tahun 2015 secara kecil-kecilan sehingga sekarang Encik Fatihi sudah boleh menggunakan cara atas talian untuk memasarkan produk. Menyedari kepentingan Media baru seperti Facebook, Instragram & Whatsapp merupakan platform yang terbaik dalam mempromosikan perniagaan menjadikan beliau berminat untuk mempelajari ilmu perniagaan secara Online dengan lebih mendalam. Melalui pelbagai pembelajaran mengenai pemasaran produk melalui atas talian, hasil jualan beliau semakin meningkat dan produknya semakin dikenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau tinggi.

Selepas Penggunaan ICT/Penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, dapat menambah pengetahuan beliau dalam bidang ICT. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.

 

44183969 514020579061664 6232506229537636352 n