USAHAWAN BARANGAN KRAFTANGAN (PRODUK BERCETAK/ JAHITAN)

 Nama            Norihan Binti Abdul Rahim
 Umur  34
 Lokasi  Pusat Internet Tanjung Mas
 Facebook     Handmadepassion with love
 Instagram

 Handmadepassion_
 (Noryn Zaman)

Latar belakang

Puan Norihan merupakan seorang usahawan sepenuh masa. Beliau merupakan seorang pengeluar dan penjual barangan kraftangan bercetak. Selain itu, beliau juga aktif dalam aktiviti jahitan selain daripada aktiviti kraftangan. Jadi, dengan menjadi usahawan kraftangan dapat membantu menambah pendapatan beliau. Menyedari kepentingan ICT dalam kehidupan seharian dan perniagaan telah menjadikan beliau berminat untuk menggunakan servis di PI Tanjung Mas serta mempelajari bidang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil jualan kurang mendapat sambutan dan pendapatan bulanan beliau juga kurang daripada RM1000. Selain itu, kos penggunaan ICT untuk urusan perniagaan beliau juga tinggi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, hasil jualan dan pendapatan beliau semakin bertambah. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM2000. Kos penggunaan internet beliau juga berpatutan dengan ada nya pelbagai servis yang tersedia di PI.

POSTING