USAHAWAN BURGER (MAKANAN)

 Nama  Muhammad Firdaus Bin Mohd Hamdan
 Umur  25
 Lokasi  Pusat Internet Tanjung Mas
 Facebook  Firdaus Hamdan

 

Latar belakang

Encik Firdaus merupakan seorang usahawan muda sepenuh masa. Beliau mula berniaga secara kecil-kecilan di mana-mana pasar, bazaar ramadhan dan sebagainya. Gerainya terletak di bazar Kampung Pengkalan Petah Tawang, Bachok. Antara produk makanan yang dijual oleh Encik Firdaus ialah Burger Cheezymayo.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Produk makanan beliau kurang mendapat sambutan dan kurang dikenali ramai. Hasil jualan beliau juga tidak meningkat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Tanjung Mas, beliau kini telah memiliki laman facebook sendiri yang mana dapat mempromosikan produk makanan beliau. Produk Makanan beliau juga semakin dikenali ramai. Selain itu, pendapatan hasil jualan Encik firdaus juga telah meningkat satu kali ganda berbanding dengan sebelum ini.

2