Tarikh  15 Disember 2018 (Sabtu)
 Masa  9:00 Pagi - 1:00 T/Hari
 Lokasi  Pusat Internet Tanjung Mas

 

Pada 15 Disember 2018 (Sabtu), Pusat Internet Tanjung Mas telah melancarkan Program Jom Sihat 2018 bersama komuniti dan juga turut disertai oleh golongan ASNAF Kelantan.

Majlis ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan pendaftaran pengunjung yang hadir serta pendaftaran penyertaan aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti menarik yang diadakan adalah Pertandingan Mewarna Poster Hari Jom Sihat, Pertandingan Menaip Pantas , Pertandingan Kuiz ICT ,Kuiz Klik Dengan Bijak & Dashboard Komuniti dan cabutan bertuah bagi pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Pendaftaran ahli Pusat Internet turut dibuka untuk para pengunjung bagi menggalakkan komuniti setempat menggunakan kemudahan serta perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet Tanjung Mas.

Selain itu, majlis turut dimeriahkan dengan booth pameran daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada pengunjung. Selain itu, ceramah kesihatan oleh wakil Jabatan Kesihatan Kota Bharu juga turut diadakan bagi menambah pengetahuan pengunjung tentang penjagaan kesihatan yang betul.

Diharapkan dengan Majlis Jom Sihat Pusat Internet ini, dapat menjadikan Pusat Internet sebagai salah satu pusat perkhidmatan yang dapat meningkatkan taraf kehidupan sosio-ekonomi penduduk. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


Gambar Disini