Tujuan |
|||||||
Program advokasi ini bertujuan mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang dianjurkan oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sempena Pameran Klik Dengan Bijak bersama pengunjung-pengunjung di Karnival Sains & Teknologi Kelantan 2.0 yang telah diadakan di UTC Kota Bharu, Kelantan. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang mendedahkan dengan membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri(self regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. |
|||||||
Aktiviti | |||||||
Aktiviti ini dijalankan sempena hari cuti persekolahan di Karnival Sains & Teknologi Kelantan 2.0. Selain itu, mempromosikan Program Klik Dengan Bijak Yang Dianjurkan Oleh Pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dimana pelajar didedahkan dengan pameran Klik Dengan Bijak dan kuiz soal jawab berkaitan dengan Klik Dengan Bijak. Setiap Pengunjung yang hadir dan dapat menyelesaikan Kuiz KDB dengan betul telah mendapat hadiah saguhati. | |||||||
|